all blogger tools

Monday, 1 July 2013

Proses Pembentukan

Pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan bandar Baghdad yang ditunjukkan di bawah.

 Bahagian utara bandar Baghadad meliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyaria. Bahagian selatan bandar Baghdad pula meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum. Kawasan ini dikenali sebagai Babylon.



 
Babylon dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di Selatan.


Pertumbuhan tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan merka mengawal peraliran air sungai. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota seoerti Kish, Nippur, Lagash, uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari. Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan. 

                                             Contoh gambar Nippur.



No comments:

Post a Comment