Kod Undang-undang Hammurabi
~ Digubal semasa pemerintahan Raja
Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.
~ Berteraskan hak rakyat terhadap
keadilan.
~ Hukuman dan denda mestilah setimpal
dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut
susun lapis masyarakat.
~ Mengandungi kira-kira 282
undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang
besar supaya dapat dibaca oleh rakyat.
~ Kepentingan Kod Undang-undang
Hammurabi :
(a) Menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
(b) Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat
pelbagai
kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat.
(c) Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi.
(d) Membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang
panjang
Ukiran batu yang menunjukkan Hammurabi menerima tauliah daripada Tuhan Shamash. Pada ukiran batu ini terdapat inskripsi kod undang-undang.
~ Membawa kepada sistem pendidikan yang
bertujuan untuk melahirkan jurutulis.
~ Kehadiran jurutulis membolehkan urusan
pentadbiran dan perniagaan dicatat.
~ Dalam perdagangan, kesemua urusan jual
beli disertakan dengan resit, nota dan
surat kredit.
~ Melahirkan epik Gilgamesh :
- Hasil kesusasteraan yang tertua di dunia.
- Mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
- Kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh.
- Menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal
abadi dan
kesaktian.
BIdang Astronomi
~ Membolehkan mereka menggunakan jalan
laut dan mencipta kalender yang
mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
~ Pencerapan terhadap pergerakan bulan,
bintang dan matahari.
~ Membawa kepada perkembangam ilmu
matematik seperti sistem mengira perpuluhan,
menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua.
~ Kemudian membawa kepada perkembangan
ilmu geometri.
Ilmu Perubatan
~ Mendapat perhatian khusus semasa
pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan
ini mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
~ Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan
termasuk herba dan ramuan perubatan telah
dikatalogkan dan disampelkan penggunaanya.
~ Cara mengubat penyakit dengan
menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan
sebagai panduan.
Penciptaan Roda
~ Menghasilkan kereta kuda :
- Untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.
~ Mencipta kincir air :
- Mengalirkan air ke kawasan tandus.
- Meningkatkan hasil pertanian.
- Mengawal banjir.
Salah satu fungsi roda dalam tamadun Mesopotamia |
Perkembangan bentuk roda |
Ciptaan Alat Pengangkutan
~ Terawal di dunia.
~ Menggunakan kapal layar serta
pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.
~ Mampu menguasai jalan darat serta
jalan laut sehingga dapat berhubung dengan
wilayah di India serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.
Bidang Seni Bina
~ Memperkenalkan cara membuat batu bata
daripada tanah liat kepada dunia.
~ Mencipta arca dan tiang batu.
~ Dapat dilihat dalam seni bina zigurat.
~ Contoh arca ialah patung Raja Gudea.
Kewujudan Empayar
~ Kepimpinan berwibawa Raja Sargon telah
Berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu
empayar pertama di dunia.
~ Raja Sargon berjaya menakluk dan
menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di
selatan Mesopotamia.
~ Raja Sargon merupakan perintis kepada
pembentukam sebuah empayar yang
kemudiannya menjadi ikutan pemerintah Firaun Tutmose III pada zaman
Mesir Purba.
~ Mesopotamia bukan sahaja menyumbang
kepada pembentukan sebuah sistem
pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih
berestetika.
Tq.. Sgt menarik
ReplyDeleteInteresting la maklumat² ni
ReplyDeleteSangat berguna..memudahkan para pelajar
ReplyDeleteSangat berguna..memudahkan para pelajar
ReplyDeleteSumbangan dalam bidang perundangan Yang mana
ReplyDeleteTQ
ReplyDeleteMana sumbangan dalam bidang perundangan..tiada pon kat situ
ReplyDeleteTak func langsung
ReplyDeleteSo blah laa
Deletekalau gitu gi bela
Deletetq
ReplyDeleteLawanya font dia... btw thank youuu
ReplyDelete