all blogger tools

Tuesday, 23 July 2013

CIRI-CIRI

A.NEGARA KOTA
Setiap negara kota mempunyai ciri fizikal,unipolitik dan agama yang tersendiri.Di dalam setiap negara kota mempunyai istana,rumah kediaman,rumah ibadat,rumah kedai,pasar dan jalan yang berkeadaan lurus dan lebar.Sebenarnya,setiap negara kota terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu,pusat kota,tembok kota,luar kota dan pelabuhan.Selain itu,sesebuah negara kota juga terdapat kota pertahanan yang mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah negara kota.Di sekitar negara kota terdapat sungai dan tanah pamah yang memudahkan pengangkutan mereka.


B.ORGANISASI SOSIAL
Masyarakat tamadun Mesopotamia akan dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintahan dan golongan yang diperintah.Golongan pemerintahan terdiri daripada raja, ketua pendeta,ketua tentera dan orang bangsawan.Gologan yang diperintah terdiri daripada golongan rakyat.Golongan rakyat juga akan dibahagikan kepada rakyat bebas dan hamba.
                     

C.PENGKHUSUSAN KERJA
Apabila wujudnya lebihan hasil pertanian,pengkhususan kerja turut berlaku di masyarakat Mesopotamia.Segolongan petani akan bertukar kerja menjadi peniaga dan pedagang,askar tentera,pembuat tekstil,pembuat barang tembikar,pembuat alat keperluan harian,tukang rumah dan juga artisan.Ciri-ciri perdagangan di Mesopotamia bukan hanya dengan wilayah di sekitar Mesopotamia,tetapi juga dengan kawasan luar Mesopotamia,contohnya,Lembah Indus.Perdagangan yang dijalankan dengan Lembah Indus adalah penting kerana Mesopotamia tidak menghasilkan banyak bahan mentah.Pelbagai logam,kayu-kayan,emas dan perak dibawa masuk dengan tukaran hasil pertanian Mesopotamia.


D.SISTEM PEMERINTAHAN 
Sistem pemerintahan di tamadun Mesopotamia adalah sistem pemerintahan diraja yang berbentuk teokrasi.Raja merupakan seorang pemerintah,tuhan dan pemilik negara kota.Raja amat berkuasa dalam soal tanah,cukai dan hasil pertanian dan perniagaan.Raja berkuasa menentukan bentuk pentadbiran.Raja akan dibantu oleh pegawai yang biasanya terdiri daripada golongan bangsawan dan golongan ikatan dengan keluarga diraja.Walaupun sebagai wakil tuhan,biasanya seseorang raja dalam tamadun Mesopotamia tidak memaksa rakyatnya untuk menyembahkannya,kecuali,semasa pemerintahan Raja Narasim di Akkad.Kejayaan beliau menguasai wilayah yang luas telah membolehkan beliau mengelarkan diri sebagai "Raja Empat Penjuru Alam".Oleh itu,beliau memaksa masyarakat mesti menyembahkannya sebagai tuhan.Dalam hal keagamaan,seseorang raja berkuasa memilih ahli keluarga diraja untuk memegang jawatandi zigurat/kuil.                                

Zigurat yang menjadi pusat ibadat,pusat perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara.


E.SISTEM TULISAN
Pada akhir peringkat proses pembentukan tamadun Mesopotamia,wujudnya sistem tulisan kerana ilmu pengetahuan masyarakat Mesopotamia berkembang.Pada awalnya,tulisan Mesopotamia adalah dalam bentuk tulisan bergambar dan kemudiannya berkembang menjadi tulisan berbentuk simbol.Tulisan ini ditulis pada tanah liat yang berbentuk pepaku dan dikenal sebagai Cuneiform.

No comments:

Post a Comment