all blogger tools

Wednesday, 31 July 2013

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Kod Undang-undang Hammurabi
~ Digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.
~ Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
~ Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut  
   susun lapis masyarakat.
~ Mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang
   besar supaya dapat dibaca oleh rakyat.
~ Kepentingan Kod Undang-undang Hammurabi :
   (a) Menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
   (b) Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai
       kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat.
   (c) Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi.
   (d) Membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang
Ukiran batu yang menunjukkan Hammurabi menerima tauliah daripada Tuhan Shamash. Pada ukiran batu ini terdapat inskripsi kod undang-undang.

Sistem Tulisan
~ Membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis.
~ Kehadiran jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat.
~ Dalam perdagangan, kesemua urusan jual beli disertakan dengan resit, nota dan
   surat kredit.
~ Melahirkan epik Gilgamesh :
   - Hasil kesusasteraan yang tertua di dunia.
   - Mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
   - Kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh.
   - Menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan
      kesaktian.

BIdang Astronomi
~ Membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalender yang
   mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
~ Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari.
~ Membawa kepada perkembangam ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan,
   menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua.
~ Kemudian membawa kepada perkembangan ilmu geometri.

Ilmu Perubatan
~ Mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan
   ini mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
~ Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah
   dikatalogkan dan disampelkan penggunaanya.
~ Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan
   sebagai panduan.

Penciptaan Roda
~ Menghasilkan kereta kuda :
   - Untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.
~ Mencipta kincir air :
   - Mengalirkan air ke kawasan tandus.
   - Meningkatkan hasil pertanian.
   - Mengawal banjir.
Salah satu fungsi roda dalam tamadun Mesopotamia
Perkembangan bentuk roda



Ciptaan Alat Pengangkutan
~ Terawal di dunia.
~ Menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.
~ Mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga dapat berhubung dengan
   wilayah di India serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.

Bidang Seni Bina
~ Memperkenalkan cara membuat batu bata daripada tanah liat kepada dunia.
~ Mencipta arca dan tiang batu.
~ Dapat dilihat dalam seni bina zigurat.
~ Contoh arca ialah patung Raja Gudea.
Lukisan arca Raja Gudea

Kewujudan Empayar
~ Kepimpinan berwibawa Raja Sargon telah Berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu
   empayar pertama di dunia.
~ Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di
   selatan Mesopotamia.
~ Raja Sargon merupakan perintis kepada pembentukam sebuah empayar yang
   kemudiannya menjadi ikutan pemerintah Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.
~ Mesopotamia bukan sahaja menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem
   pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.

Tuesday, 23 July 2013

CIRI-CIRI

A.NEGARA KOTA
Setiap negara kota mempunyai ciri fizikal,unipolitik dan agama yang tersendiri.Di dalam setiap negara kota mempunyai istana,rumah kediaman,rumah ibadat,rumah kedai,pasar dan jalan yang berkeadaan lurus dan lebar.Sebenarnya,setiap negara kota terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu,pusat kota,tembok kota,luar kota dan pelabuhan.Selain itu,sesebuah negara kota juga terdapat kota pertahanan yang mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah negara kota.Di sekitar negara kota terdapat sungai dan tanah pamah yang memudahkan pengangkutan mereka.


B.ORGANISASI SOSIAL
Masyarakat tamadun Mesopotamia akan dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintahan dan golongan yang diperintah.Golongan pemerintahan terdiri daripada raja, ketua pendeta,ketua tentera dan orang bangsawan.Gologan yang diperintah terdiri daripada golongan rakyat.Golongan rakyat juga akan dibahagikan kepada rakyat bebas dan hamba.
                     

C.PENGKHUSUSAN KERJA
Apabila wujudnya lebihan hasil pertanian,pengkhususan kerja turut berlaku di masyarakat Mesopotamia.Segolongan petani akan bertukar kerja menjadi peniaga dan pedagang,askar tentera,pembuat tekstil,pembuat barang tembikar,pembuat alat keperluan harian,tukang rumah dan juga artisan.Ciri-ciri perdagangan di Mesopotamia bukan hanya dengan wilayah di sekitar Mesopotamia,tetapi juga dengan kawasan luar Mesopotamia,contohnya,Lembah Indus.Perdagangan yang dijalankan dengan Lembah Indus adalah penting kerana Mesopotamia tidak menghasilkan banyak bahan mentah.Pelbagai logam,kayu-kayan,emas dan perak dibawa masuk dengan tukaran hasil pertanian Mesopotamia.


D.SISTEM PEMERINTAHAN 
Sistem pemerintahan di tamadun Mesopotamia adalah sistem pemerintahan diraja yang berbentuk teokrasi.Raja merupakan seorang pemerintah,tuhan dan pemilik negara kota.Raja amat berkuasa dalam soal tanah,cukai dan hasil pertanian dan perniagaan.Raja berkuasa menentukan bentuk pentadbiran.Raja akan dibantu oleh pegawai yang biasanya terdiri daripada golongan bangsawan dan golongan ikatan dengan keluarga diraja.Walaupun sebagai wakil tuhan,biasanya seseorang raja dalam tamadun Mesopotamia tidak memaksa rakyatnya untuk menyembahkannya,kecuali,semasa pemerintahan Raja Narasim di Akkad.Kejayaan beliau menguasai wilayah yang luas telah membolehkan beliau mengelarkan diri sebagai "Raja Empat Penjuru Alam".Oleh itu,beliau memaksa masyarakat mesti menyembahkannya sebagai tuhan.Dalam hal keagamaan,seseorang raja berkuasa memilih ahli keluarga diraja untuk memegang jawatandi zigurat/kuil.                                

Zigurat yang menjadi pusat ibadat,pusat perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara.


E.SISTEM TULISAN
Pada akhir peringkat proses pembentukan tamadun Mesopotamia,wujudnya sistem tulisan kerana ilmu pengetahuan masyarakat Mesopotamia berkembang.Pada awalnya,tulisan Mesopotamia adalah dalam bentuk tulisan bergambar dan kemudiannya berkembang menjadi tulisan berbentuk simbol.Tulisan ini ditulis pada tanah liat yang berbentuk pepaku dan dikenal sebagai Cuneiform.

Monday, 1 July 2013

Proses Pembentukan

Pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan bandar Baghdad yang ditunjukkan di bawah.

 Bahagian utara bandar Baghadad meliputi kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyaria. Bahagian selatan bandar Baghdad pula meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum. Kawasan ini dikenali sebagai Babylon.



 
Babylon dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Akkad di Utara dan Sumeria di Selatan.


Pertumbuhan tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan merka mengawal peraliran air sungai. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota seoerti Kish, Nippur, Lagash, uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari. Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan. 

                                             Contoh gambar Nippur.



Laman Web

 Laman web ini menyediakan maklumat tentang sejarah, kebudayaan, serta carta masa tamadun Mesoptamia ini.
www.mesopotamia.co.uk


Kerangka Masa

Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M.. Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah Mesopotamia ini telah berkembang menjadi pusat tamdun awal. Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang, dan akhirnya jatuh di lembah Mesopotamia. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M. dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 S.M.. Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting seperti yang tertera di bawah.





Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tesebut Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama dan Assyria merupakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia.  


Lokasi

Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai Mesopotamia. Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermakna tanah di antara dua sungai. Wilayah Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunugandi Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi. Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunugan Zagros di nahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya, dan Teluk Parsi di bahagian selatan.